Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 23, 2012

Better


assalammualaikum . aku terlalu mengharapkan perkara ini terjadi . Tuhan , tolong benarkan ini terjadi dalam diriku . walaupun kini kita masih tetap bersama , aku berharap untuk menjadi yang lebih baik daripada masa lalu dan masa depan beliau . kenapa perlu masa depan ? rasanya tidak perlu . kerana aku ingin habiskan masa depanku dengan beliau . cuma bersama beliau . mohon supaya Allah kekalkan jodoh kami . kerana aku sama sekali tidak sanggup menerima beliau dengan his next . dan itu tak akan pernah terjadi . setelah mengenangkan masa lalu ku , aku terasa aku teramatlah bodoh . tetapi , sejarah itu malah mendewasakan kita . aku terasa sangat dewasa dan matang . ayat yang terindah pernah berkumandang di telinga ku ' benda yang paling jauh dengan kita ialah masa lalu , dan yang paling dekat dengan kita ialah mati ' . aku teruja mendengar ayat ini . assalammualaikum .

Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba


assalammualaikum semuanya . menunggu ? untuk pengetahuan semua , aku sudah mempunyai pekerjaan baru . pekerjaan tanpa gaji dan paksaan . hanya memerlukan sedikit  kesabaran . menunggu . itulah pekerjaan baru ku . bermula saat celiknya mataku , aku menunggu seorang lelaki yang juga dianggap seorang yang teristimewa dalam hidupku . kehadiranku baginya hanyalah membebankan . ayat inilah yang sering berulang di firasatku . sebelumnya , aku pernah menunggu jejaka ini selama 5 tahun untuk menjadi milikku . walaupun kini beliau sudah sepenuhnya milik aku , tetapi aku masih tetap menunggu . menunggunya pulang ke rumah supaya aku dapat mengubat rinduku . maksudnya di sini , on the phone . saat itulah aku dapat merasakan kasih sayangnya kepadaku sebagai pasanganku . di siang hari , beliau sibuk bekerja dan pulang pada lewat malam . setelah itu , waktunya dihabiskan dengan melepak dengan sahabatnya . kemudian , baru waktu aku dengannya . setiap hari cuma sejam yang kami lalui bersama . selebihnya , beliau dengan kenalan beliau di luar manakala aku dengan keluargaku di rumah . untuk beliau , terima kasih untuk segalanya . aku akan cuba untuk bersabar selagi termampu . jika tidak , tolong maafkan aku . itu sahaja untuk kali ini . assalammualaikum beliau dan anda  :)

Friday, September 21, 2012

The Silly, Handsome, and Annoying Little Boy


assalammualaikum , hai hai . picture ni masa hari raya . muka aku kelihatan buruk disituuu , dan dimana-II jaa . seorang kanak-II kecil dipercayai telah merebut hati seorang wanita (aku) daripada paksunya (syamey).    subhanallah , budak lelaki ini diberi nama Saiful Rasta Faridwan oleh ibunya yang juga merupakan bakal kakak ipar aku . hahhh sudahhh , dok mai dahh . apa yang menariknya budak ni , cuma aku sorang ja yang tauu . walaupun kadang-II perangai dia !@#%^&* . tapi , jangan salahkan dia . dia still a young boy . degil mana pun dia , tak akan ubahkan sayang aku kat dia . well , budak hensem ni jugak dipercayai memiliki ciri-II seperti paksu dia . hm , selama perkenalan aku dengan dia . yaa , tak jauh beza . mirip sekali . bulu mata sama-II lentik , gigi tersusun elokk . senyum manis . tapi , budak ni lagi hensem dari paksu diaa . tapi aku sayang paksu dia lagiiii . hahahah . ada satu rahsia yang aku nak kongsi kat sini , japp . budak ni laa yang akan jadi pengubat rindu aku kat syameyy . tambah-II kalau time gadoh teruk . hm , memang aku akan cari budak ni . walaupun aku takboleh kongsi masalah aku dengan dia , tapi bila aku ada dengan dia , sumpah aku akan lupa masalah aku seketika . kami akan gelak sepanjang masa . tu ja kodd pasai future nephew aku . adek , iloveyouuu okey . nanti dah besar jangan lupa kakak tau . sayang adik . assalammualaikum .


ishhh , awad picture jadi macam ni . kali kedua upload kod , kbye .

Thursday, September 20, 2012

Mereka Sudah Jauh di Hadapan

assalammualaikum . hello everyone . tahun ni dah tahun 2012 kan . tapi aku masih belum sedar lagi . jasa makbapak pun belum terbalas lagi . makin hari bukan makin menyenangkan mereka , malah makin menyedihkan . entah kenapa hari ini aku terlalu emosi . memikirkan masa depan yang tak pasti . atau mengharapkan sebuah mimpi menjadi realiti . kenapa aku perlu bermimpi sebegitu sedangkan usaha aku belum pasti bila akan bermula . aneh . malam ini terasa inginkan satu perubahan . yes , changes . kawan . aku rasa malu dengan kawan aku . malu yang hanya sekadar malu , iya . tetapi tiada tindakan sama sekali untuk mengubah rasa malu itu . biarlah aku terus begini , insya-Allah suatu hari nanti aku akan berubah . doakan aku .

malu ? dengan siapa kau malu ? dengan bayang-II sendiri ? tidakk . bukan itu . aku malu dengan insan yang diberi gelaran kawan , sahabat , rakan , atau lebih famous dengan gelaran FRIENDS . terlalu hebat hidayah Allah . Dia menciptakan kawan kepada kita untuk kita pilih . pandai memilih , diredhai oleh-Nya . jika salah memilih , subhanallah buruk padahnya . tetapi diri sendiri juga yang lebih mempengaruhi jalan yang dipilih , bukan orang lain . detik ini  aku sedar dengan ciptaan Allah . ciptaan yang sangat bernilai bagiku . Dia ciptakan aku 2 orang sahabat untuk dijadikan contoh .


Nurul Aida Zawanie Binti Azizi


Nurul Suhaida Binti Fadzil

kadang-II aku terlalu leka untuk mengejar keseronokan dunia sehingga terlupa yang mereka masih sahabat aku yang paling berharga . kenapa dulu waktu masing-II masih kecil , semuanya dikongsi bersama . memang tidak ada rahsia yang diselitkan antara kami . semuanya dilalui bersama . bagi aku , mereka umpama kakak . yaaa , kakak yang baik . cuma aku tidak sedar dengan nasihat matang mereka . mereka sudah jauh di hadapan . sedangkan aku masih lagi terkapai-kapai mencari titik permulaan perjuangan . sekarang , walaupun aku masih bersekolah dengan sekolah yang sama bersama suhaida , tapi semuanya dah berubah . aku dengan kawan-II ku , begitu juga dia . apatah lagi aida yang dah jauh dari kami . pertemuan aku dengan aida beberapa bulan lalu sedikit sebanyak dah ubatkan rindu aku . sifat peramah yang ada dalam dirinya masih belum terubah . mulutnya masih petah berkata-kata walaupun hakikatnya kami dah tak serapat dulu . berita gembira saat ni , sesungguhnya aku dah jauh lebih tinggi berbanding mereka berdua yang dulunya berlagak tinggi . hihi . kawan , aku mengharapkan kita yang dulu . yang selalu ada antara satu sama lain . aku mohon maaf andai ada terkasar bahasa atau telah menyinggung perasaan korang . aku sayang korang , cuma sukar untuk aku ungkapkan .



aku bersyukur kerana Allah telah mencipta dua insan hebat ini untuk aku jadikan teladan . being friend with both of you has added a bright spot to my life . best friends forever , love ya .